Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata sistem dan proses keselamatan telah disediakan untuk menyaring dan mengesan anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang mungkin menimbulkan ancaman keselamatan.
Mindef mengatakan bahawa anggota kerahan yang menggunakan kemahiran diperolehi melalui SAF untuk melakukan perbuatan jenayah atau tindakan pengganasan, adalah satu ancaman keselamatan dan kebimbangan yang wajar.





