SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

SAF ada sistem saring, kesan anggota yang mungkin timbulkan ancaman

SAF ada sistem saring, kesan anggota yang mungkin timbulkan ancaman

Jan 9, 2025 | 7:00 PM

SAF ada sistem saring, kesan anggota yang mungkin timbulkan ancaman

Kementerian Pertahanan (Mindef) mengesahkan bahawa sistem dan proses keselamatan telah disediakan untuk menyaring dan mengesan anggota yang mungkin menimbulkan ancaman keselamatan. 
Kementerian Pertahanan (Mindef) mengesahkan bahawa sistem dan proses keselamatan telah disediakan untuk menyaring dan mengesan anggota yang mungkin menimbulkan ancaman keselamatan.  - Foto fail

Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata sistem dan proses keselamatan telah disediakan untuk menyaring dan mengesan anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang mungkin menimbulkan ancaman keselamatan.

Mindef mengatakan bahawa anggota kerahan yang menggunakan kemahiran diperolehi melalui SAF untuk melakukan perbuatan jenayah atau tindakan pengganasan, adalah satu ancaman keselamatan dan kebimbangan yang wajar.

Dalam satu kenyataan berhubung tiga lelaki Singapura yang menjadi radikal sendiri dan telah ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), Mindef berkata:

“Jika dikenal pasti, individu tersebut tidak akan diletakkan dalam kedudukan untuk memperoleh kemahiran tentera atau mendapatkan akses kepada peralatan yang boleh menimbulkan ancaman.

“Jabatan Keselamatan Tentera bekerjasama rapat dengan agensi keselamatan pemerintah yang lain. Komander SAF juga kerap melibatkan askar mereka untuk mengukuhkan perpaduan dan menggalakkan persefahaman antara individu dengan latar belakang yang berbeza.”

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg