Garis panduan yang menyatakan batasan penjagaan yang sesuai antara ibu bapa dengan anak-anak mereka bukanlah peraturan yang perlu dikuatkuasakan atau diarahkan merentasi semua keluarga, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Panduan Sumber Pengamal mengenai Garis Panduan bagi Batasan Keluarga Yang Sihat, yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), berfungsi sebagai prinsip umum untuk...





