Pelaksanaan undang-undang baru di Malaysia yang mewajibkan pengendali media sosial memiliki lesen berkuat kuasa 1 Januari 2025 menyaksikan hanya dua daripada sekurang-kurangnya lapan platform aktif, iaitu WeChat dan TikTok, sudah memperoleh lesen berkenaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2 Januari memaklumkan empat lagi platform utama media sosial iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp – kesemuanya di bawah Meta –...





