Tiada warga Singapura dilaporkan berada dalam pesawat Jeju Air yang terhempas semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di Korea Selatan pada 29 Disember, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).
“Kami sedang berhubungan dengan pihak berkuasa di Korea Selatan dan tiada laporan warga Singapura dalam penerbangan itu,” kata jurucakap MFA.





