DAMSYIK: Diplomasi di Syria semakin rancak apabila beberapa diplomat tinggi Arab mengunjungi ibu kota Damsyik pada 23 Disember, menandakan perubahan besar dalam hubungan rantau itu selepas kejatuhan Encik Bashar al-Assad pada 8 Disember.
Menteri Luar Jordan, Encik Ayman Safadi, dan Menteri Negara Hal Ehwal Luar Qatar, Encik Mohammed bin Abdulaziz Al-Khulaifi, antara yang pertama mengadakan pertemuan dengan pemimpin baharu Syria,...





