Seorang bekas pegawai keselamatan didenda $1,800 pada 17 Disember selepas dia meninggalkan tugasnya di pondok pengawal dan terlupa mengeluarkan bom palsu yang sepatutnya digunakan dalam latihan keselamatan di tempat kerjanya pada masa itu.
Sifat pelupa Durendran Vicknesh Venkatraman telah mencetuskan panik dan menyebabkan beberapa pegawai Home Team dihantar ke Sing Industrial Complex di Ang Mo Kio Industrial Park 2 pada...





