Perangkaan menunjukkan bahawa Aceh merupakan antara wilayah termiskin di Indonesia sejak dekad lalu atau lebih, walaupun selepas bertahun-tahun usaha pemulihan semula dijalankan dengan dana dan bantuan mencurah-curah dari negara sahabat, berikutan gempa bumi dan tsunami pada Disember 2004.
Pada Mac 2024, 14.23 peratus atau 804,530 daripada 5.5 juta penduduk Aceh dikira miskin. Angka itu hanya merosot sedikit daripada 14.45 peratus...





