JOHOR BAHRU: Empat individu, termasuk tiga pegawai kanan Jabatan Imigresen Johor, ditahan, kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan penyalahgunaan permohonan visa asing berjumlah RM1.2 juta ($360,000).
Turut ditahan ialah seorang lelaki pengarah sebuah syarikat terbabit dalam pembekalan peralatan pejabat, termasuk peralatan elektrik dan elektronik, alat keselamatan, khidmat pembersihan pejabat dan bangunan.





