Seramai 310 kanak-kanak daripada keluarga pendapatan rendah di Bukit Batok bukan sahaja menerima barangan keperluan sekolah seperti beg galas, baucar dan alat tulis, bahkan cermin mata bagi yang memerlukannya.
Inisiatif anjuran Persatuan Muhammadiyah dengan kerjasama Masjid Ar-Raudhah dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Batok itu memberi kelengkapan sekolah penting kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.





