KUALA LUMPUR: Siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkaitan kehilangan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca kepada Singapura, susulan keputusan Kabinet menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenainya pada 2018.
Ia antara Syor Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan...





