Dari Mac hingga Mei 2025, orang ramai boleh mendapatkan gantungan kunci, atau keychain, bertemakan kebaya secara percuma di dua mesin layan diri, yang akan berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain di serata Singapura.
Mesin layan diri itu akan mengeluarkan kotak misteri, atau blind box, berisi gantungan kunci yang memaparkan seekor kucing berpakaian kebaya – pakaian tradisional wanita yang popular...





