Rasa lega apabila air banjir mula surut tidak memberi kegembiraan buat mangsa bencana di sembilan negeri terjejas, apabila kepulangan mereka disambut dengan keadaan rumah yang musnah dan disaluti lumpur, selain kehilangan harta benda yang menyebabkan kerugian ribuan ringgit.
Dengan jumlah mangsa yang kian berkurang kepada 70,000 di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 5 petang 3 Disember, sebahagian besar mula pulang...





