Singapura akan menambah bilangan biasiswa tahunan yang ditawarkan di bawah Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (Etap) daripada tiga kepada 10 untuk rakyat Palestin belajar di Singapura, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.
Beliau mengumumkan demikian semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri dan Menteri Luar Palestin, Encik Mohammad Mustafa, semasa menghadiri Persidangan Menteri untuk Meningkatkan Usaha Tindak Balas Kemanusiaan...





