Menjadi lebih terbuka kepada Pengaturan Kerja fFeksibel (FWA) boleh membantu syarikat menjadi lebih produktif, kata ahli panel dalam perbincangan meja bundar pada 19 Disember yang dikendalikan oleh The Straits Times (ST).
Di bawah garis panduan baru yang berkuat kuasa pada 1 Disember, semua majikan di Singapura, termasuk Syarikat Kecil dan Sederhana (SME), mesti mempertimbangkan permintaan rasmi daripada pekerja untuk FWA...





