BEIRUT: Presiden Syria Bashar al-Assad berusaha mendapatkan sokongan daripada sekutunya pada 1 Disember, selepas serangan mengejutkan pemberontak menyaksikan tentera pemerintah hilang kawalan ke atas Aleppo buat kali pertama sejak bermulanya perang saudara di negara itu.
Perikatan pemberontak telah menyerang tentera pemerintah yang disokong Iran dan Russia pada 27 November – selari dengan gencatan senjata yang dilaksanakan di negara jiran Lebanon...





