Satu perintah mahkamah telah diperoleh yang memerlukan penyedia perkhidmatan Internet tempatan menyekat akses kepada 50 domain cetak rompak yang dikaitkan dengan aplikasi dan laman web yang menyiarkan perlawanan bola sepak Liga Perdana England secara haram.
Dalam kenyataan pada 27 November, Liga Perdana itu berkata ini bermakna kini terdapat lebih 600 domain sedemikian disekat di sini, berikutan satu siri perintah mahkamah...





