Seorang pegawai kanan keselamatan didakwa menerima rasuah sekurang-kurangnya $4,750, sebanyak 32 kali daripada pekerja sebuah syarikat perkapalan yang dikatakan anggota sindiket penyeludupan rokok haram ke Singapura.
Menurut kenyataan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), Ahmad Khamis, 64 tahun, yang bekerja dengan Pico Guards pada waktu itu, didakwa menerima rasuah tersebut bagi membenarkan anggota sindiket menyeludup rokok haram itu melepasi pos keselamatan...





