TANJONG MALIM (Perak): Penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik terkenal Malaysia, Datuk Dr M. Nasir, bakal dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, pada 23 November.
Selain Nasir, 67 tahun, penyanyi rok seangkatan dengannya, Datuk Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, 65 tahun, akan menerima Ijazah Sarjana Pengajian...





