JOHOR BAHRU: Jabatan Perhutanan Negeri Johor akan menutup beberapa lokasi ekopelancongan di seluruh Johor, bagi memastikan keselamatan orang ramai, berikutan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda bermula 19 November.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata penutupan itu membabitkan Taman Eko Rimba (TER); Hutan Taman Negeri (HTN); trek pendakian, trek sukan...





