Apabila lagu baru Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Sejarah, muncul di wadah digital pada 13 November, ia bagaikan satu petanda biduanita yang disegani ramai di Nusantara ini telah mencipta sejarah buat generasi pelapis penghibur di rantau ini.
Selepas dua penyanyi hebat dalam industri muzik Melayu, Allahyarhamha Puan Sri Saloma dan Allahyarhamha Datuk Sharifah Aini, dinobatkan sebagai Biduanita Negara, kini giliran...





