Walaupun terdapat kemajuan hebat dalam teknologi pembelajaran mesin terjemahan seperti Google Translate dan ChatGPT, penterjemah manusia masih diperlukan untuk menyampaikan nuansa bahasa, rujukan budaya, simpulan bahasa dan makna tersirat.
Ini kerana teknologi terjemahan semasa sering bergelut dengan nuansa yang diperlukan dan boleh menyebabkan terjemahan tidak tepat atau janggal, kata Timbalan Editor Berita di Berita Harian (BH), Cik Nur Adilah Mahbob.





