Pemerintah mempunyai langkah perlindungan bagi memastikan bahawa pengendali di bawah model perusahaan sosial tidak mengambil kesempatan atas keuntungan yang dikaup dan diharapkan bekerjasama rapat dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) serta golongan penjaja bagi memastikan keperluan kedua-dua penjaja dan penduduk dipenuhi, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Koh Poh Koon.
Beliau berkata demikian bagi membalas notis usul mengenai budaya...





