Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) tidak menetapkan batasan dari segi jangkauan atau kesan, dalam menilai sama ada untuk menjalankan tindakan pencegahan lebih awal terhadap ancaman kempen maklumat berniat jahat.
Ia juga mengingatkan warga Singapura agar terus berhati-hati di dalam talian dalam mengenal pasti laman web palsu, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling.





