Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sedang meneroka bentuk pensijilan halal baru bagi produk bukan makanan dan minuman, di tengah-tengah permintaan kian meningkat bagi produk sedemikian sedang umat Islam berkembang di seluruh dunia.
Bagaimanapun, jika disediakan Muis, pensijilan halal bagi produk bukan makanan dan minuman seperti kosmetik dan farmaseutikal mungkin bagi tujuan eksport sahaja bagi perniagaan memenuhi keperluan dan syarat halal...





