Singapura telah menerima pakai Deklarasi Kumpulan 20 (G20) mengenai Pengurangan Kerentanan dan Menangani Ketidaksamaan, pada Mesyuarat Menteri G20 mengenai Pengurangan Risiko Bencana, di Belem, Brazil.
Mewakili Singapura dalam mesyuarat tersebut adalah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.





