SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S’pura usaha kurangkan ketidaksamaan di mesyuarat G20

S’pura usaha kurangkan ketidaksamaan di mesyuarat G20

Nov 12, 2024 | 4:31 PM

S’pura usaha kurangkan ketidaksamaan di mesyuarat G20

Singapura telah menerima pakai Deklarasi Kumpulan 20 (G20) mengenai Pengurangan Kerentanan dan Menangani Ketidaksamaan, pada Mesyuarat Menteri G20 mengenai Pengurangan Risiko Bencana, di Belem, Brazil.

Mewakili Singapura dalam mesyuarat tersebut adalah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Dalam hantarannya di Facebook pada 12 November, Dr Faishal berkata Singapura komited mengurangkan ketidaksamaan, memastikan pendidikan bermutu, penjagaan kesihatan dan perumahan untuk semua – terutama golongan rentan.

“Kami secara aktif menyumbang dalam memperkukuh daya tahan di seluruh Asean.

“Sebagai tuan rumah bagi Kemudahan Insurans Risiko Bencana Asia Tenggara (Seadrif), Singapura sedang membantu mengukuhkan kesediaan kewangan bagi bencana di rantau ini,” kongsi beliau.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg