Walaupun penting untuk mempunyai persekitaran yang selamat untuk guru, Singapura tidak mungkin boleh membangunkan usaha tiga pihak negara yang diselaraskan bagi menangani penderaan dan gangguan terhadap mereka, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.
Ini kerana landskap pendidikan di Singapura merangkumi pelbagai institusi dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi, dengan pihak berkepentingan dan kebimbangan...





