BATU PAHAT (Johor): Hanya beberapa hari dibebaskan daripada penjara atas kesalahan memukul kepala dua pelanggan pasar raya, seorang pemotong rumput sekali lagi disumbat ke penjara selepas mengaku bersalah menendang kereta milik wanita pada 3 November.
Tertuduh, Abdullah Zubair Abdullah, 38 tahun, pernah dihadapkan ke mahkamah sama Julai lalu, mengaku bersalah sebelum Majistret Suhaila Shafi’uddin menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadapnya.





