Kurang sebulan selepas mendapat kerakyatan Singapura, Kyoga Nakamura berpeluang beraksi dalam perlawanan pertama dengan pasukan bola sepak nasional selepas disertakan dalam skuad Tsutomu Ogura bagi dua perlawanan persahabatan November ini.
Singapura bakal bertemu dengan Myanmar pada 14 November dan Taiwan pada 18 November, sebahagian persiapan menjelang Piala Asean Mitsubishi Electric (ME) yang akan berlangsung pada 8 Disember 2024 hingga 25...





