KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak boleh bertindak semberono sama ada untuk melepas atau membebaskan kanak-kanak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diselamatkan dalam Op Global baru-baru ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Encik Zulkifli Hasan, berkata kes tersebut melibatkan banyak pihak dan sebarang langkah yang mahu diambil perlu mengikut garis panduan.





