KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memberi amaran beliau akan mengambil tindakan paling tegas jika berlaku kejadian buli membabitkan warga Institut Pendidikan Mara (IPMa).
Sambil menyuarakan kekecewaannya terhadap dakwaan berlaku kes dera pelajar di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang sama, beliau turut menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes...





