Lebih 400,000 ibu bapa, kanak-kanak, pelajar, belia dan pencari kerja telah mendapat manfaat daripada program Mendaki dalam tempoh lima tahun sejak M3 dilancarkan, kata Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad.
Dalam tempoh yang sama, lebih 38,000 individu juga telah berjaya meningkatkan kemahiran mereka melalui program seperti KelasMateMatika, Wanita di Tempat Kerja (W@W), Tunas Bersama M3 serta sokongan daripada Pejabat Pembimbing...





