Nyala rasa beberapa bakat seni mapan ini tidak terpadam walau kehidupan meniti usia senja diuji dengan penyakit kronik seperti strok. Mereka bersyukur diberi sumbangan ihsan daripada masyarakat sebanyak $1,000 seorang menerusi Kempen Kami Peduli sebagai penghargaan mahupun habuan menampung kos rawatan. Sungguhpun begitu, semangat suka bekerja mereka dan payah duduk diam sejak muda membawa kaki mereka ingin terus melangkah berdikari...





