DUA syarikat Singapura menghulurkan bantuan kepada penduduk tempatan yang terjejas akibat empangan Xe Pian-Xe Namnoy di Attapeu, Laos, yang runtuh baru-baru ini.
Syarikat yang baru selesai membina loji penyulingan air laut ketiga Singapura, HSL Constructor, antara mereka yang telah tampil mendermakan sistem rawatan dan penapisan ultra mudah alih yang boleh menghasilkan air yang selamat untuk diminum.





