BEIJING: Kedutaan Filipina di China memberi amaran kepada rakyatnya supaya berhati-hati terhadap "ancaman" peribadi dan mengelakkan perbahasan politik menjelang keputusan tribunal pada Selasa (12 Julai) berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan.
Manila memfailkan kes dengan tribunal timbang tara antarabangsa di The Hague pada 2013, mencabar tuntutan China, yang menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, termasuk perairan menghampiri pantai Filipina...





