Setelah menggegarkan persada seni Singapura dengan vokal lunak yang melantunkan lagu cinta, Kaulah Segalanya, sekitar 21 tahun lalu, penyanyi Hazrul Nizam, mendambakan sebuah lagi karya seni yang dapat menyentuh perasaan ramai.
Beliau bertuah kerana dapat bekerjasama dengan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik Malaysia, Amylea Azizan, yang banyak menghasilkan lagu romantis seperti Selagi Ku Ada (nyanyian Khai Bahar dan Nabila...





