KAHIRAH: Pemimpin Hamas dan pergerakan Fatah pimpinan Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, membincangkan rancangan kerjasama pascaperang di Gaza dalam rundingan pusingan baru di Kahirah pada 9 Oktober, kata seorang pegawai Hamas.
Rundingan tersebut adalah yang pertama sejak dua kumpulan itu bertemu di China pada Julai dan bersetuju dengan gagasan membentuk pemerintah perpaduan Palestin bagi Gaza dan Tebing Barat, yang diduduki...





