Singapura menyeru semua pihak terlibat dalam konflik Israel-Palestin supaya mengawal tindakan mereka dan mengambil langkah meredakan keadaan bagi mengelak memburukkan lagi ketegangan, yang boleh membawa kepada persengketaan serantau lebih luas, kata Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.
Beliau berkata Singapura kekal sangat prihatin akan situasi kemanusiaan teruk di Gaza, serta perkembangan terkini di Timur Tengah yang...





