Demam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) baru sahaja berakhir. Bagi anak-anak dan ibu bapa yang melalui fasa ini, mereka akhirnya dapat menarik nafas lega setelah berbulan-bulan membuat persediaan.
Namun, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas yang akan menduduki peperiksaan buat kali pertama, perjalanan mereka baru sahaja bermula.





