JOHOR BAHRU: Jumlah kenderaan asing yang berdaftar di Singapura yang memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) kembali pulih susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang dilakukan secara berfasa bermula 1 Oktober lalu.
Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata penurunan kemasukan kenderaan dari Singapura dikesan pada dua hari pertama VEP dikuatkuasakan.





