Pengantin baru, Encik Muhammad Syabil Sarwani dan Cik Nur Maisarah Omar, tidak pernah menjejakkan kaki di Afrika, justeru tatkala memilih destinasi bulan madu, benua itu menjadi pilihan.
Selama 11 hari bermula 22 September, pasangan berusia 26 tahun itu meneroka Tanzania di bahagian timur Afrika, malah berjaya memenuhi hasrat yang didambakan rata-rata pengembara ke sana, iaitu bersua dengan lima haiwan ikonik...





