ALOR SETAR (Kedah): Bah yang melanda beberapa daerah di Kedah sejak minggu lalu dipercayai kesan peralihan monsun bermula 24 September yang mencetuskan ribut petir dan banjir kilat terutama di pedalaman Kedah.
Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kedah, Encik Muhammad Khalil Abd Aziz, berkata lebih banyak insiden banjir kilat dan angin kencang diramal dalam tempoh peralihan itu sehingga awal November.





