Pasangan suami isteri Encik Muhammad Alfi Muhammad Ramli dan Cik Nurul Syafiqah Mohamad Zailani meluangkan masa lapang hari cuti kerja pada 28 September untuk menghadiri forum tentang perkahwinan berjudul ‘Bersamamu Hingga Ke Syurga’.
Mereka berbuat demikian kerana yakin ia boleh memberi manfaat dan atas galakan Ustaz Khairil Amri Abdul Hamid, yang juga merupakan naib kadi semasa mereka diijab kabulkan, kata...





