LONDON: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, menekankan bahawa kurangnya jaringan gol merupakan faktor utama di sebalik persembahan hambar kelab gergasi England itu pada permulaan musim ini.
Ten Hag, yang berada dalam musim ketiganya di Old Trafford, mengalami kekecewaan terbaru apabila United disekat 1-1 di padang sendiri oleh FC Twente, yang terkial-kial dalam Liga Belanda, dalam perlawanan pembukaan Liga Europa...





