Pengadil Michael Oliver adalah tepat untuk membuang padang pemain Arsenal Leandro Trossard dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) antara Manchester City dengan Arsenal pada 22 September yang berakhir dengan keputusan seri 2-2, umum Panel Insiden Perlawanan Utama.
Pemain tengah Arsenal itu dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas menendang bola keluar daripada padang susulan mengasari Bernardo...





