KUALA LUMPUR: Seramai 17 individu termasuk seorang wanita warga tempatan disyaki terbabit dengan sindiket penipuan pelaburan bernilai RM33 juta ($10.27 juta) dikenali sebagai Pantheon Ventures ditahan dalam beberapa serbuan di seluruh negara baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata semua individu berusia 23 hingga 52 tahun itu berperanan sebagai pengarah syarikat, setiausaha dan ejen...





