JOHOR BAHRU: Kesemua kaunter di dua pintu masuk ke Malaysia di Tambak Johor dan Linkedua dibuka sepenuhnya bagi memudahkan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor, yang bekerja atau tinggal di Singapura pulang mengundi pada 28 September ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kerajaan negeri komited memastikan urusan pengundi yang hendak pulang dipermudah...





