Penyair wanita ini orangnya biasa-biasa saja. Akan tetapi, apa yang membuatnya dianggap luar biasa adalah keproduktifannya. Akhbar ini merupakan wadah pemangkin apabila puisinya Mencari Haluan pertama kali diterbitkan dalam Berita Harian (BH) pada 2 Mac 2006.
Dengan menghasilkan lebih 500 kuntum puisi, boleh dikatakan peribadi ini yang mula menulis sejak 1972 lagi (zaman persekolahan) merupakan penyair wanita yang cukup produktif...





