Pemilik bangunan akan menerima bonus keluasan lantai kasar untuk pembangunan mereka mulai 18 September sekiranya pemilik bangunan mewujudkan Sistem Pendingin Daerah yang baru atau manfaatkan sistem sedia ada, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee (gambar sisipan).
Ini bermakna pemaju akan diberi ruang lantai kasar tambahan melebihi apa yang ditetapkan bagi tapak pembangunan masing-masing dalam pelan induk Penguasa Pembangunan Semula...





